Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, 18 May 2015

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Sya’ban

Salam semua….
Rejab telah berlalu….kini kita di bulan Sya’ban.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya’ban.
Daripada Hadith di atas dapatlah disimpulkan:
Sya’ban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Sya’ban itu ialah bulan dimana manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Sya’ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya’ban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. 
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
ajal,bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri,taubat

bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri,ajal,taubat,solat sunat

iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri

Semoga kita semua berkesempatan untuk bersama-sama menyambut Ramadhan pada tahun ini…Amin.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri
Love

Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Tuesday, 14 April 2015

IBU ADALAH PEMBOHONG...

 INILAH FAKTA KEBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YANG WAJIB KITA KETAHUI 
love, mothers, ibu,emak,mum,happy,mothersday
1. Saat makan, jika makanan kurang, Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Engkau makanlah, ibu tak lapar."

2. Waktu makan, Ibu akan selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging, makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, Ia berkata, "Istirehatlah nak, tidurlah...... ibu masih belum mengantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah duit tu untuk keperluanmu nak, ibu masih ada duit."

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita tak ada siapa nak jaga, ibu seronok tinggal di sini....ibu tak biasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih bisa tersenyum sambil berkata, "Janganlah menangis, ibu tidak apa-apa, cuma sakit sikit aja"



Ini adalah kebohongan terakhir yang dibuat ibu. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, risaunya ibu teramat sangat tentang diri kita, tetapi beliau tidak mahu anaknya untuk risaukan tentang dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap kebohongan seorang ibu...!! karena beliaulah malaikat nyata yg dikirim oleh ALLAH untuk menjaga kita..

Terima kasih IBU....semoga ALLAH membalas segala pengorbanan IBU kepada kami dengan SYURGA yang abadi.

love, mothers, ibu,emak,mum,happy,mothersday
Love
Radziah Radzi
017-6599421

Saturday, 27 September 2014

Amalan untuk 1 hingga 10 Zulhijjah

zulhijjah,amalan,sunat,puasa,zakat,qurban,haji, tazkirah,peringatan,muhasabah,radziah radzi

Salam...
Hari yang terbaik adalah 1 hingga 10 zulhijjah....malam yang terbaik adalah malam lailatulqadar....
Maksud hadis nabi saw .....Tidak ada hari yang Allah suka hambaNya beribadat padanya melainkan 10 hari awal bulan Zulhijjah...
1 zulhijjah 1436H jatuh pada hari Jumaat (26/9/14)...so masih belum terlambat untuk kita sama-sama beramal sebanyak dan sebaik mungkin sehingga 10 zulhijjah nanti (Hari Raya Qurban)
Antara amalan2 yg boleh dilakukan ialah..

1. Bersedekah
2. Puasa sunat
3. Membaca al quran
4. Menolong orang dgn ikhlas
5. Menjamu makan
6. Berzikir, bertahlil, bertakbir, bertahmid.
7. Berselawat
8. Buat baik kepada ibubapa 
9. Qiamullail
10. Solat sunat tahajjud
12. Solat berjemaah
13. Solat sunat rawatib
14. Solat sunat dhuha
15. Solat sunat witir
16. Berdoa dan mohon kebaikan drpd Allah swt serta menolak keburukan.

Kalau boleh jangan ada satu waktu pun dalam 1 hingga 10 zulhijjah ni kita solat bersendirian..pastikan solat berjemaah setiap waktu.. Allahuakbar... Banyaknya rahmat Allah khusus untuk kita.
Semoga sama-sama kita manfaatkanya...
dan
Jangan lupa !!!
zulhijjah,amalan,sunat,puasa,zakat,qurban,haji, tazkirah,peringatan,muhasabah,radziah radzi

Sharing is Caring.... 
Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Tuesday, 12 August 2014

Save Gaza Save Palastine



Untuk Renungan Bersama...... mengenai konflikPalestine/Israel. Mari kita menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Ini lah yang membuatkan tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine......


Masih terdapat banyak hikmah disebalik kisah peperangan Gaza. Kita harus menilainya daripada sudut positif bagi melahirkan golongan yang mampu menetang kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Apa yang telah terjadi ke atas Gaza telah ditakdirkan Allah, segalanya telah terencana di sisi-Nya. Semoga peristiwa pahit ini menjadi suatu titik tolak penghijrahan umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya Sheikh Mohd Abduh pernah berkata, “Kecemerlangan Islam itu tertutup oleh kebodohan umatnya”. Oleh itu wahai sahabat sekalian, lihatlah peristiwa Gaza ini sebagai satu platfom yang mampu meledakkan semangat perjuangan kita menegakkan Islam. Ia merupakan peringatan daripada Allah tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini untuk menegakkan yang haq dan menentang yang batil.


                                                                         Wallahua'lam....

Love
Radziah Radzi

017-6599 421

Monday, 26 May 2014

Peristiwa Israk Mikraj : Pengertian, Hikmah dan Pengajaran

peristiwa, israk mikraj, solat, kelebihan,rejab,baitul maqdis, mekah, masjidilharam, palestin, sidratulmuntaha, masjidil al-aqsa,
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini tertulis di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Israa: ayat 1).
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda Nabi SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, seperti mana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidratul Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannatul Ma’wa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.” (Surah an-Najm: ayat 13-18).

Kesimpulannya... peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah SWT dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang bukan sekadar perjalanan biasa-biasa, tetapi Nabi Muhammad SAW menerima satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan Baginda dan umatnya iaitu fardu solat.
 Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa AS di langit keenam, Nabi Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. 
Disebabkan baginda terlalu sayangkan umatnya, Nabi Muhammad SAW  menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadapAllah SWT untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sehingga 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Selain daripada itu, semasa Israk Mikraj, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.

Sebagai kesimpulannya, Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda. Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam, ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah solat di dalam kehidupan seseorang Muslim.
Sama-samalah kita jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia. Kita sebagai hamba Allah , tugas kita bukan sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah mempraktikkan berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.
Selamat beramal.....
Love
Radziah Radzi
017-6599421

Friday, 23 May 2014

Allah knows why he choose you...

Allah knows, the best for you, why Allah choose you,only god knows,a king and his servant ,don't be sad,Allah knows everything, Allah is the best
A King had a male servant who, in all circumstances always said to him;
 My king, do not be discouraged because everything Allah does is perfect, 
no mistakes.
One day, they went hunting and a wild animal attacked the king, the servant managed

to kill the animal but couldn't prevent his majesty from losing a finger.

Furious and without showing gratitude,the King said; 

if Allah was good, I would not have been attacked and lost one finger.

The servant replied 'despite all these things,

 I can only tell you that Allah is good and everything He does is perfect,

He is never wrong'. Outraged by the response, the king ordered
 the arrest of his servant.

While being taken to prison, he told the king again, 
Allah is Good & Perfect.

Another day,
 the king left alone for another hunt and was captured by savages
 who use human beings for sacrifice.

On the altar,
 the savages found out that the king didn't have one finger in place,
he was released
because he was considered not "complete" to be offered to the gods. 

On his return to the palace,
 he ordered the release of his servant and said;
 My friend, Allah was really good to me. I was almost killed
but for lack of a single finger.

I was let go. But I have a question;
 If Allah is so good, why did He allow me to put you in prison?

His servant replied; My king, if I had not been put in prison,
 I would have gone with you, and would have been sacrificed, 
because I have no missing finger.

Everything Allah does is perfect, He is never wrong.
Often we complain about life, 
and the negative thinking in us kills the positivity in us...
so think positive and trust Allah at every moment....

Allah knows why he choose you to read this story today, please bless someone with it by sharing it... 
Allah is good and perfect!!
Keep Sharing ..
Love 
Radziah Radzi
017-659 9421

Monday, 5 May 2014

KELEBIHAN REJAB BULAN MAGHFIRAH /KEAMPUNAN


rejab,kelebihan rejab,amalam bulan rejab,fadhilat rejab,maghfirah

                                                  

Salam semua…..

1 April 2014 yang lalu merupakan 1 Rejab 1435. Alhamdulillah kita sudah hampir untuk menyambut Ramadhan. Tetapi kita juga harus ingat...Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.
·         Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
·         Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 
70 kali.
·         Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 
70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
·         Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
·         Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
·         Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum kita menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.

rejab,kelebihan rejab,amalam bulan rejab,fadhilat rejab,maghfirah


 Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
·         Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
·         Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
·         Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
·         Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
·         Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
·         Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dibulan Rejab yang mulia ini….
Love
Radziah Radzi
017-6599421

Sunday, 20 April 2014

THE PURPOSE OF LIFE

WAJIB TENGOK ! Meaning of LIFE
Subhanallah, Allahuakbar !

Video ini dibuat oleh seorang pemuda Islam dan telah menarik orang ramai samada muslim atau non muslim untuk mendalami agama selepas menonton video yang hanya beberapa minit ini.

Video yang membuatkan pelakon Fast and Furios , Tyrese Gibson juga berkongsi video ini di twitter beliau kerana terlalu tersentuh dan membuatnya berfikir.

jom.... hayati mesej yang ingin disampaikan oleh pemuda ini .

Dan nilai ianya dari hati nurani yang paling mendalam tak kira siapa pun anda... muslim or non muslim...

Allahuakbar !

May Allah Bless All of  us......
Sharing is Caring
Love 
Radziah Radzi
017-6599421

Friday, 4 April 2014

BISMILLAH LIMA, AYAT PENDINDING/SYIFA'

bismillah lima,amalan bismillah 5,kebaikan bismillah lima,rawatan bismillah lima


Bismillahhir rohmaanir rohiim,
Bismillah hisy syafi, 
Bismillah hil kaafi 
Bismillah hil mu’aafi,
Bismillah hil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Salam semua....
Alhamdulillah ......pada kali ini saya teringat untuk berkongsi amalan Bismillah 5 yang telah lama saya praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak. Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ :

1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara mengamalkan Bismillah 5 :

1.            Ayat ‘Bismillah 5’ ini adalah sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
2.          Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
3.          Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
4.          Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
5.           Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

Kaedah untuk diamalkan ketika merawat: 

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali ulangan dengan hati yang   ikhlas dan khusyuk.
3. Hembuskan juga pada segelas air kemudian  bagi minum dan disapu di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.
5. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan dengan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
6. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Marilah kita sama-sama Amalkannya.....Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca !

Love 
radziah radzi
017-8599 421

Wednesday, 26 March 2014

HIKMAH DISEBALIK UJIAN ALLAH

hikmah ujian Allah,sabar,syukur,redha

Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian Nya, Allah akan sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka!
7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah
1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
4. Allah hapuskan dosa-dosa kita
5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya
6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain
7. Tanda Allah sayangkan kita
Dan yang pasti ujian Allah adalah untuk mereka yang terpilih kerana Allah sayangkan kita. Ianya diberi seiring dengan kemampuan kita untuk meningkatkan darjat dan keimanan kita. 
hikmah ujian Allah,syukur,redha,sabar

Wallahhualam…

Love
radziah radzi