Salam semua…..
1 April 2014 yang lalu merupakan 1 Rejab 1435. Alhamdulillah
kita sudah hampir untuk menyambut Ramadhan. Tetapi kita juga harus ingat...Rejablah masanya bulan menabur benih.
Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini
dilipat-gandakan.
·
Rejab adalah bulan Allah, bulan
maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
·
Di dalam bulan lain Allah membalas
amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan
umat-Nya
70 kali.
·
Sesiapa meminta ampun (beristighfar)
pada pagi dan petang
70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada
api neraka.
·
Kelebihan Rejab daripada bulan lain
seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
·
Seseorang yang memuliakan bulan Rejab,
maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
·
Rejab adalah pembukaan kepada bulan
kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu
bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan
bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab
kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan
beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum kita menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.
Beberapa
amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
·
Menyucikan diri daripada dosa dengan
bertaubat dan memohon ampun
·
Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan
memperbanyak bacaan al-Quran.
·
Membersihkan hati yang lalai dan alpa
melalui amalan beristighfar dan zikir
·
Mendekatkan diri kepada Allah dengan
menunaikan solat, puasa dan bersedekah
·
Mohon keselamatan dan kesejahteraan
dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
·
Menginsafkan diri dengan membaca atau
mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan
sirah Islam lain.
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW
bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban
dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat
untuk menghapuskan surat kejahatan.”
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ
الَّدِىْ لآ
اِلَهَ اِلاَّ
هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
تَوْبَةَ عَبْدٍ
ظَالِمٍ لاَ
يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا
وَلاَ نَفْعًا
وَلاَ مَوْتًا
وَلاَ حَيَاةً
وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung
yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada
menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat
serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dibulan
Rejab yang mulia ini….
Love
Radziah
Radzi
017-6599421
No comments:
Post a Comment