Bismillahhir rohmaanir rohiim,
Bismillah hisy syafi,
Bismillah hil kaafi
Bismillah hil mu’aafi,
Bismillah hil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
Bismillah hisy syafi,
Bismillah hil kaafi
Bismillah hil mu’aafi,
Bismillah hil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
Salam semua....
Alhamdulillah ......pada kali ini saya teringat untuk berkongsi amalan Bismillah 5 yang telah lama saya praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak. Bismillah 5 adalah pendinding
dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat
bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
Kelebihan dan
kebaikan ‘Bismillah 5’ :
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa
tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di
dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau
dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati
penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara mengamalkan Bismillah 5 :
1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini adalah sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
Kaedah untuk diamalkan ketika merawat:
1. Letakkan tangan di tempat yang
sakit.
2. Baca ‘Bismillah 5’ ini
sebanyak tujuh kali ulangan dengan hati yang ikhlas
dan khusyuk.
3. Hembuskan juga pada segelas air kemudian bagi minum dan disapu di tempat yang sakit ataupun
disapukan ke satu badan.
4. Sekiranya anggota yang sakit tidak
boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan
di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah anggota
yang sakit.
5. Jika kepala anak benjol sebab
terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan dengan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
6. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad
Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa
kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
‘Allah Maha Mengasihani dari
segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
Marilah kita sama-sama Amalkannya.....Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca !
Love
radziah radzi
017-8599 421
No comments:
Post a Comment