Salam
semua….
Rejab
telah berlalu….kini kita di bulan Sya’ban.
Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa
baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami
mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda
berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak
pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada
puasanya di bulan Sya’ban.
Daripada Hadith di atas dapatlah disimpulkan:
Sya’ban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan
demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke
mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat
lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah
iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Sya’ban itu ialah bulan dimana manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Sya’ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya’ban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
ii. Bertaubat
iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Semoga kita semua berkesempatan untuk bersama-sama menyambut
Ramadhan pada tahun ini…Amin.
Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421
No comments:
Post a Comment