SEDAP,MUDAH,
SENANG,RINGKAS DAN SIMPLE..
Salam
semua…..
Kali ni
saya nak kongsi resipi ……sebenor nye tau masak dan makan je….nama saya tak
pasti, tapi saya panggilnya Cendol Sagu Gula Melaka.
Sebab
cara hidangnya macam cendol….. bahan utamanya sagu yang dimasak di makan dengan
air gula Melaka campur santan.
Memandangkan sekarang ni musim panas …. Ianya sangat sesuai jika di hidang ketika sejuk…errmmm terasa sejuk tekak!
Caranya
memang mudah, senang, ringkas, simple... tak guna banyak bahan dan yang paling penting…sedap!
Bahan-bahanya:-
300 gm biji sagu (warna putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
300 gm biji sagu (warna putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
Untuk sirap gula:-
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
*boleh ganti dengan susu sejat atau santan kotak
Caranya:-
1. Didihkan air, masukkan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak sagu sehingga berubah jadi jernih.
1. Didihkan air, masukkan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak sagu sehingga berubah jadi jernih.
2. Tutup
api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta
cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
3. Toskan
dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2
jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan
sagu, masukkan ke dalam mangkuk kecil, tuang sedikit santan dan
sedikit air gula melaka tadi...dah siap!
Selamat mencuba….
Love
Radziah
radzi
017-659
9421
No comments:
Post a Comment