SIMPLE, MUDAH,SEDAP DAN RINGKAS
Baru first time nak cuba....anak
bongsu request. So apa lagi sekarang ni kan semuanya di hujung jari, search
la.... jumpa resepi spaghetti carbonara yang sedap dan mudah daripada Blog QASHMERE
Oleh kerana bahan pun tak
cukup....maka buatla sekadar apa yang ada....saya olah resepi tu jadi versi
sendiri!!!
Bahan-bahannya:
Minyak zaitun(saya ganti dengan butter)
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil
1kotak susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara
mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering(saya
tak letak pun)
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
halus
1 biji telur - optional (tapi saya
letak)
Parmesan cheese - optional ( takde pun
takpe)
Garam secukup rasa
1 paket spaghetti direbus sampai empuk
Cara-cara memasak.
1. Panaskan minyak zaitun (butter
sehingga cair). Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai
garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula dada ayam
yang didadu kecil-kecil.
2. Agak-agak dada ayam dah empuk dan
masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.
Terus masukkan 1 kotak susu full cream dutch lady.
3. Seterusnya masukkanlah daun basil (jika
ada) dan lada hitam. Biarkan mereneh.
4. Rebus spaghetti 3/4 masak, masukkan
terus dalam kuah carbonara tadi dan masak seketika sampai spaghetti tu lembut. Supaya
kuah dengan spaghetti tu mesra. Air rebusan spaghetti tadi jangan dibuang.
Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan
kuah.
5. Kalau agak pekat sos carbonara tu,
tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot kepekatan yang disukai. Tambah
garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.
6. Tutup api dan terus letakkan telur
sebijik yang dah dipukul siap. Kacau rata. Telur ni menambahkan kelemakan dan
ia akan masak sendiri dari kepanasan yang membahang spaghetti tu. Kalau nak
lemak lagi tambah lah 2 biji telur. Jangan letak telur waktu kuali atas api
nanti terus jadi scramble egg pulak. Pastikan api sudah ditutup!
7. Akhir sekali tambahkan sedikit
parmesan cheese kalau ada. (saya tak letak pon)
Alhamdulillah..... sedap dan menjadi
jugak walaupun bahannya sekadar ada. Ini lah hasilnya....
Jom tukar selera.....hari-hari
makan nasi pun jemu juga nak fikir menu lauk pauknya.
Apa kata sekali sekala cuba Menu Western.....
Let’s try!!!
Love
Radziah radzi
017-6599421
No comments:
Post a Comment