Monday, 18 May 2015

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Sya’ban

Salam semua….
Rejab telah berlalu….kini kita di bulan Sya’ban.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya’ban.
Daripada Hadith di atas dapatlah disimpulkan:
Sya’ban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Sya’ban itu ialah bulan dimana manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Sya’ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya’ban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. 
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
ajal,bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri,taubat

bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri,ajal,taubat,solat sunat

iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri

Semoga kita semua berkesempatan untuk bersama-sama menyambut Ramadhan pada tahun ini…Amin.
bulan, islam, tahun hijrah,syaaban, rejab, ramadhan, nisfu sya'ban,israk mikraj, lailatulqadar,aidilfitri
Love

Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421