Monday 5 May 2014

KELEBIHAN REJAB BULAN MAGHFIRAH /KEAMPUNAN


rejab,kelebihan rejab,amalam bulan rejab,fadhilat rejab,maghfirah

                                                  

Salam semua…..

1 April 2014 yang lalu merupakan 1 Rejab 1435. Alhamdulillah kita sudah hampir untuk menyambut Ramadhan. Tetapi kita juga harus ingat...Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.
·         Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
·         Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 
70 kali.
·         Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 
70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
·         Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
·         Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
·         Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum kita menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.

rejab,kelebihan rejab,amalam bulan rejab,fadhilat rejab,maghfirah


 Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
·         Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
·         Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
·         Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
·         Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
·         Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
·         Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dibulan Rejab yang mulia ini….
Love
Radziah Radzi
017-6599421

No comments:

Post a Comment