Saturday 11 October 2014

Spaghetti Carbonara

SIMPLE, MUDAH,SEDAP DAN RINGKAS
spaghetti carbonara,mudah,sedap

Baru first time nak cuba....anak bongsu request. So apa lagi sekarang ni kan semuanya di hujung jari, search la.... jumpa resepi spaghetti carbonara yang sedap dan mudah daripada Blog QASHMERE
Oleh kerana bahan pun tak cukup....maka buatla sekadar apa yang ada....saya olah resepi tu jadi versi sendiri!!!

Bahan-bahannya:
Minyak zaitun(saya ganti dengan butter)
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil
1kotak susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering(saya tak letak pun)
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 biji telur - optional (tapi saya letak)
Parmesan cheese - optional ( takde pun takpe)
Garam secukup rasa
1 paket spaghetti direbus sampai empuk 

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak zaitun (butter sehingga cair). Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula dada ayam yang didadu kecil-kecil.

2. Agak-agak dada ayam dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masukkan 1 kotak susu full cream dutch lady. 

3. Seterusnya masukkanlah daun basil (jika ada) dan lada hitam. Biarkan mereneh. 

4. Rebus spaghetti 3/4 masak, masukkan terus dalam kuah carbonara tadi dan masak seketika sampai spaghetti tu lembut. Supaya kuah dengan spaghetti tu mesra. Air rebusan spaghetti tadi jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.

5. Kalau agak pekat sos carbonara tu, tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot kepekatan yang disukai. Tambah garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.

6. Tutup api dan terus letakkan telur sebijik yang dah dipukul siap. Kacau rata. Telur ni menambahkan kelemakan dan ia akan masak sendiri dari kepanasan yang membahang spaghetti tu. Kalau nak lemak lagi tambah lah 2 biji telur. Jangan letak telur waktu kuali atas api nanti terus jadi scramble egg pulak. Pastikan api sudah ditutup!

7. Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese kalau ada. (saya tak letak pon)

Alhamdulillah..... sedap dan menjadi jugak walaupun bahannya sekadar ada. Ini lah hasilnya....
spaghetti carbonara,mudah,sedap

Jom tukar selera.....hari-hari makan nasi pun jemu juga nak fikir menu lauk pauknya.
Apa kata sekali sekala cuba Menu Western.....

Let’s try!!!

Love
Radziah radzi
017-6599421


No comments:

Post a Comment