Friday 4 April 2014

BISMILLAH LIMA, AYAT PENDINDING/SYIFA'

bismillah lima,amalan bismillah 5,kebaikan bismillah lima,rawatan bismillah lima


Bismillahhir rohmaanir rohiim,
Bismillah hisy syafi, 
Bismillah hil kaafi 
Bismillah hil mu’aafi,
Bismillah hil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Salam semua....
Alhamdulillah ......pada kali ini saya teringat untuk berkongsi amalan Bismillah 5 yang telah lama saya praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak. Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ :

1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara mengamalkan Bismillah 5 :

1.            Ayat ‘Bismillah 5’ ini adalah sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
2.          Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
3.          Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
4.          Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
5.           Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

Kaedah untuk diamalkan ketika merawat: 

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali ulangan dengan hati yang   ikhlas dan khusyuk.
3. Hembuskan juga pada segelas air kemudian  bagi minum dan disapu di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.
5. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan dengan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
6. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Marilah kita sama-sama Amalkannya.....Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca !

Love 
radziah radzi
017-8599 421

No comments:

Post a Comment