Tuesday, 14 April 2015

IBU ADALAH PEMBOHONG...

 INILAH FAKTA KEBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YANG WAJIB KITA KETAHUI 
love, mothers, ibu,emak,mum,happy,mothersday
1. Saat makan, jika makanan kurang, Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Engkau makanlah, ibu tak lapar."

2. Waktu makan, Ibu akan selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging, makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, Ia berkata, "Istirehatlah nak, tidurlah...... ibu masih belum mengantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah duit tu untuk keperluanmu nak, ibu masih ada duit."

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita tak ada siapa nak jaga, ibu seronok tinggal di sini....ibu tak biasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih bisa tersenyum sambil berkata, "Janganlah menangis, ibu tidak apa-apa, cuma sakit sikit aja"



Ini adalah kebohongan terakhir yang dibuat ibu. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, risaunya ibu teramat sangat tentang diri kita, tetapi beliau tidak mahu anaknya untuk risaukan tentang dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap kebohongan seorang ibu...!! karena beliaulah malaikat nyata yg dikirim oleh ALLAH untuk menjaga kita..

Terima kasih IBU....semoga ALLAH membalas segala pengorbanan IBU kepada kami dengan SYURGA yang abadi.

love, mothers, ibu,emak,mum,happy,mothersday
Love
Radziah Radzi
017-6599421

Monday, 2 March 2015

KEK MARBLE COKLAT

KEK MARBLE MUDAH, SEDAP DAN GEBU
Salam u olls….
Ari ni nak share mood masak-masak…..
Jom kita buat kek marble….resipi yang saya guna MUDAH je…kita guna sukatan cawan. Senangkan!!! semua rumah ada cawan hehe…
Oleh kerana saya ni amat mementingkan kesihatan…..so kita detoks dulu telur ayam yg nak diguna ni dengan mesin OzOn (#biozone foodpurifier) supaya bahan-bahan seperti hormone yang dimasukkan dalam makan ayam supaya cepat besar n cepat serta banyak telur tu dapat dineutralkan dan tidak menjadi toksin lagi bila masuk dalam badan kita…
cake,kek marble,kek pelangi, kek coklat,sedap, senang,gebu,resipi,mudah,simple,kuih tempatan,kuih tradisional by radziah radzi
Ini lah mesin OzOn yang saya gunakan..
Nowdays banyak penyakit terutamanya kanser berpunca daripada bahan makanan kita….so beginilah cara purifikasi telur ye…
pemakanan sihat, seimbang,cake,kek marble,kek pelangi, kek coklat,sedap, senang,gebu,resipi,mudah,simple,kuih tempatan,kuih tradisional by radziah radzi
Buih2 yang terhasil semasa OzOn meneutralkan bahan kimia yg terdapat didalam telur
Haaa…telur pun dah siap detoks..jom kita mula buat kek..
Bahan-bahannya ;
* 1 cawan mentega / planta
* 1 cawan gula
* 4 biji telur
* 2 cawan tepung (self raising) kalau guna #tepung gandum tambah 1sudu kecik baking powder
*  1 sudu besar esen vanilla
* 1 sudu besar ovellate
* 1 sudu besar coklat emulco
* 1 sudu besar serbuk koko
Caranya mudah jer :

1.putar mentega bersama gula sampai kembang, masukkan  esen vanilla dan ovellate kacau sebati

2.kemudian masukkan telur satu persatu … putar lagi sampai betul2 kembang n fluty

3.lepas tu bolehlah masukkan tepung sikit demi sedikit … putar lagi hingga sebati

4.bahagikan adunan kepada 2 bahagian… untuk bahagian coklat masukkan coklat emulco dan serbuk koko.

5. Sapukan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang seli. 
cake,kek marble,kek pelangi, kek coklat,sedap, senang,gebu,resipi,mudah,simple,kuih tempatan,kuih tradisional by radziah radzi
Akhir sekali...leh buat corak diatasnya...ikut kreativiti masing2
(abaikan corak yg tak berapa cantik ni ye...sy pun first time cuba)
6.bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit..cucuk dengan lidi..kalau x melekat tu dah masak lerr!!!
cake,kek marble,kek pelangi, kek coklat,sedap, senang,gebu,resipi,mudah,simple,kuih tempatan,kuih tradisional by radziah radzi

Selamat mencuba dan menikmati kek marble yang gebu gebass ni ye!!! 
Jom...buat kek yang senang ni, kejap je..simple dan sedap di makan ketika masih panas..

To purchase Biozone Food Purifier......
or
               FREE DEMO and CONSULTATION......                      
Contact me
             Love

Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421



Monday, 16 February 2015

Cendol Sagu Gula Melaka

SEDAP,MUDAH, SENANG,RINGKAS DAN SIMPLE..

Salam semua…..
Kali ni saya nak kongsi resipi ……sebenor nye tau masak dan makan je….nama saya tak pasti, tapi saya panggilnya Cendol Sagu Gula Melaka.
Sebab cara hidangnya macam cendol….. bahan utamanya sagu yang dimasak di makan dengan air gula Melaka campur santan.
Memandangkan sekarang ni musim panas …. Ianya sangat sesuai jika di hidang  ketika sejuk…errmmm terasa sejuk tekak!
Caranya memang mudah, senang, ringkas, simple... tak guna banyak bahan dan yang paling penting…sedap!
cendol, sagu, gula melaka, sedap, simple. ringkas mudah, resipi


Bahan-bahanya:-
300 gm biji sagu (warna putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau

Untuk sirap gula:-
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
*boleh ganti dengan susu sejat atau santan kotak
Caranya:-
1. Didihkan air, masukkan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak sagu sehingga berubah jadi jernih.
2. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
3. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu, masukkan ke dalam mangkuk kecil, tuang sedikit santan dan sedikit air gula melaka tadi...dah siap!

Selamat mencuba….
Love
Radziah radzi

017-659 9421

Monday, 9 February 2015

RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE

Salam u olls!
Minggu lepas saya ikut kawan ke Kelas Masakan Sihat...katanya belajar buat sardin homemade!
Wahhh....sangat teruja sebab sebelum ni memang selalu simpan stok sardin. Tau-tau je la kan....sardin ni la penyelamat kalau lauk lain tak sempat masak atau kehabisan bahan mentah.
Yang bestnye….kami diajar penyediaan makanan yang sihat.
makanan seimbang,premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
 Ikan yang digunakan ialah ikan sardin (ikan selayang)
Ikan -ikan ini akan di buang kandungan bahan kimia/ bahan awet terlebih dulu melalui proses Purifikasi  untuk meneutralkan bahan-bahan toksin yang terdapat dalam isi ikan.
Menggunakan mesin OZON (Biozone food purifier)
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Eeee...banyaknye buih2 yg keluar. Buih tu selepas selesai Purifikasi pun tak hilang tapi jd macam span. Bila bakar pun tak terbakar....itu yg bila masuk dlm badan kita blh mengundang macam2 penyakit!!!
 Setelah selesai Purifikasi....ikan2 tu nampak lebih segar dan isinya lebih pejal....
Seterusnya....ikan2  tu di potong bahagian kepala dan ekornya supaya nampak serupa dengan ikan sardin tin.
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi

okey....now jom kita masak2
  
BAHAN-BAHANNYA :-
            5 ekor ikan sardin
            10 biji  tomato
             2 1/2 cawan air 
             5 ulas bawang putih
             10 ulas bawang merah
              1 inci halia
             Garam dan gula secukup rasa
             sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-

1.       Kisar tomato, bawang putih, bawang merah dan  halia bersama air.
2.       Masukkan bahan yang di kisar bersama ikan ke dalam periuk tekanan.  Tambahkan minyak, gula dan garam.
3.       Kacau rata dan tutup periuk tekanan.  Panaskan diatas dapur menggunakan api  kuat dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan  biar masak perlahan selama 1 jam .
4.       Dah siap…..ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardin dalam tin.
resep,premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Selepas ni boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak buat inti karipap pun sedap…..atau goreng macam kita masak sardin  biasa tu….
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Selamat mencuba!!!
" KESIHATAN KELUARGA di UTAMAKAN"
SPECIAL PROMOTION
First 3 customer
Instalment Plan BIOZONE food Purifier
Bulan Pertama RM400 (terus dapat barang)
Bulan ke 2  RM300
Bulan ke  RM300
Bulan ke 4  RM300
Jumlah RM1300 (tidak termasuk kos penghantaran)
ANDA JIMAT RM450 tuuu....
premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Bertindaklah SEKARANG anda mampu mengubahnya.

Agent / Distributor diperlukan.
To purchase...... or
 FREE DEMO and CONSULTATION......
Contact me
               Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Thursday, 5 February 2015

KUIH MASALODEH

resipi, senang,sedap,mudah,murah,sihat,mineral coffee,premium beautiful corset,cantik,kuih tradisional,kuih tempatan,biskut,jana pendapatan,side income,partime job,kuih masalodeh by radziah radzi
MUDAH, RINGKAS,RANGUP DAN SEDAP!!!
Ini adalah  resepi kegemaran keluarga saya......sekali buat saya akan gandakan  kuantiti resepi ni sebab separuh saya goreng untuk makan dan separuhnya lagi saya goreng separuh masak dan simpan dalam peti sejuk supaya lain kali nak makan hanya perlu keluarkan dan goreng semula.
Menurut anak saya yang belajar di Mesir, kuih yang hampir sama seperti ni juga ada di sana....ia di panggil “to’miyyah” tapi ia dibuat daripada kacang hijau dan kuih masalodeh ni guna kacang dal.
Kuih masalodeh ni bahan-bahanya tak banyak dan cara membuatnya amat mudah dan ringkas. Rasanya rangup dan sedap...
Bahan-bahan:
2 cawan kacang dal
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
1 biji bawang besar - potong dadu
1 sudu kecik jintan manis
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Rendam kacang dal semalaman. Toskan.... kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar

2.Campurkan kacang yang diblend tadi dengan kesemua bahan2 lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi.

3. Panaskan minyak......goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, bila ia timbul maknanya dah masak la tu.....

Hemm...senangkan!!!
Tunggu apa lagi.....meh la cuba.....

Boleh buat minum-minum petang bersama secawan kopi!
resipi, senang,sedap,mudah,murah,sihat,mineral coffee,premium beautiful corset,cantik,kuih tradisional,kuih tempatan,biskut,jana pendapatan,side income,partime job,kuih masalodeh by radziah radzi
Saya penggemar Mineral Coffee - kopi robusta yang mengandungi Garam Buluh. Rasanya memang sedap lemak-lemak manis gitu...(sesuai utk pesakit kencing manis)
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang MINERAL COFFEE???
or,  berminat nak cuba sekotak jer dulu Mineral Coffee ni...
(sekotak ada 20 sachets), boleh PM saya personally.

Harga cuma RM30 (tak termasuk postage)
Beli 2 kotak - Free postage !

Sharing is Caring.... 
Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Monday, 12 January 2015

Kuih Cara Berlauk Sedap,Mudah, Ringkas dan Simple

resipi,kuih,cara,manis,berlauk,tradisional,tempatan,senang.sedap,mudah, ringkas,simple

Kuih cara ni senang!!!... cuma blend je bahan-bahannya....
simple kan!
Kita boleh buat kuih cara manis atau kuih cara berlauk dengan hanya tukar intinye saja... 
Apa yang membezakan resipi saya ni dengan resipi yang lain ialah saya detoks dulu telur tu.....(buang antibiotik dan hormon yg diberikan semasa ayam diternak)
Saya #purifikasi telur tu menggunakan Biozone food purifier.....
benefits, biozone food purifier, buang toksin, installment plan, promosi, singkir bahan kimia,hormon,antibiotik,purifikasi,detoks
benefits, biozone food purifier, buang toksin, installment plan, promosi, singkir bahan kimia,hormon,antibiotik,purifikasi,detoks

Ikhtiar....demi kesihatan sekeluarga. Alang-alang masak sendiri tu...biarlah yang terbaik.
herrrmmm....sharing is caring kan!
Okey....Jom kita masak-masak...

Bahan-bahannya:
2cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan santan
21/2 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara Membuat adunan tepungnya:
1. Masukkan santan, air dan telur kedalam blender dan blend. Masukkan tepung, garam dan pewarna. Blend lagi sehingga adunan sebati.
2. Tapis adunan kedalam bekas.

Inti:
500gm daging dikisar
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu kecil halia yang telah dikisar
1 sudu kecil bawang putih yang telah dikisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
minyak untuk menumis

Untuk hiasan:
2 batang cili merah
Sedikit daun sup

Cara membuat inti:
1.Daging dicuci dan ditoskan
2.Panaskan minyak,tumiskan halia, bawang putih dan serbuk kari hingga wangi.
3.Masukkan daging dan bawang besar.Kemudian tambah sedikit garam dan masak hingga kering.Biarkan inti sejuk.
4.Panaskan acuan kuih cara diatas dapur.Sapu acuan dengan sedikit minyak.
5.Bila acuan sudah panas, tuangkan adunan tepung tadi.
6.Bubuh inti daging yang sudah dimasak tadi di tengahnya....hias dengan hirisan cili merah dan juga daun sup. 
7.Tutup acuan dan biarkan sehingga masak .....setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Selamat mencuba!!!

To purchase Biozone Food Purifier...... 
or
               FREE DEMO and CONSULTATION......                      
Contact me
             Love

Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Tuesday, 6 January 2015

BIOZONE Food Purifier

 MENYINGKIRKAN BAHAN PENCEMAR DALAM MAKANAN

Salam semua....
Pada kali ni saya nak berkongsi bagaimana kita dapat menyingkirkan bahan kimia/toksin larut air,toksin larut lemak dan bakteria(PURIFIKASI) yang terdapat dalam bahan mentah seperti ayam,daging,ikan,sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan BIOZONE Food Purifier.
Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia

Ciri-Ciri Biozone Food Purifier

·       Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
·       Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
·       Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
·       100% tiub silikon yang bergred medikal.
·       Batu seramik yang bergred tinggi.
·       Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
·       Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia


Kelebihan Biozone Food Purifier

·       Selamat.
·       Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
·       Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
·       Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
·       Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.

Mengapakah makanan perlu melalui proses purifikasi ini?


Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia
JADUAL 1

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia
JADUAL 2

Berdasarkan fakta dalam JADUAL 1 dan JADUAL 2 diatas menunjukkan betapa perlunya kita mencari ALTERNATIF untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar ini sebelum memasak makanan.

Contoh Proses Purifikasi keatas Ayam, ikan dan udang.

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia
PURIFIKASI AYAM


Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia
PURIFIKASI IKAN


Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia
PURIFIKASI UDANG

 Apabila batu seramik dimasukkan ke dalam air di mana makanan direndamkan, gelembung-gelembung muncul, ini  menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit.

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?

BIOZONE Food Purifier ini bertindak melalui proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Berdasakan KAJIAN MAKMAL terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan 
nutrien masih dikekalkan dan tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran.

Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging.
Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan kita mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia

Alhamdulillah....sejak menggunakan BIOZONE Food Purifier ni semua makanan mentah saya akan purifikasi terlebih dulu.
Terutama sekali ayam.....ini kan kegemaran semua anak-anak zaman sekarang. Tak lupa juga telur....ini pun saya purifikasikan. Yang bestnya.... selepas purifikasi  telur kuning akan berwarna oren seperti telur kuning ayam kampong.
Kalau dulu saya sekeluarga tak boleh makan “sea food” nanti alergi. Tapi...sejak guna BIOZONE Food Purifier ni semua makanan laut yang dipurifikasikan boleh dimakan dan tak gatal lagi... syukur sangat-sangat.

Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia

Kita semua sayangkan KELUARGA.
Ada yang memilih untuk mengelakkan makan di luar kerana menganggap makanan yang dimasak sendiri lebih selamat.
Daripada apa yang saya kongsikan ni.... BIZONE Food Purifier sebenarnya AMAT MEMBANTU kita menyediakan makanan yang LEBIH SELAMAT.
Buatlah PELABURAN JANGKA PANJANG demi kesihatan kita sekeluarga.
Biozone Food Purifier,buang toksin,singkir bahan kimia

 ‘Satu Rumah ...Satu BIOZONE Food Purifier...'

For FREE DEMO and CONSULTATION......

Contact me
Love
Radziah Radzi
Sms/wassap :017-6599421