Sunday 1 June 2014

Kerjaya Pilihan Sebagai Usahawan


Sharing is Caring ;)
Facebook Datuk Dr. Maznah Hamid; Iron Lady Malaysia


MENGAPA SAYA MENGHASUT ANDA JADI 


USAHAWAN?



Ada banyak faktor kenapa saya tak segan silu menghasut rakan-rakan diluar sana agar berubah jadi usahawan. Antaranya adalah:
1. Menjadi usahawan merupakan satu kerja yang mulia. Ramai yang tahu tentang maklumat 9 dari sumber rezeki adalah dari berniaga. Bila berubah jadi usahawan anda perlu banyak bergantung pada Tuhan secara sedar. Hanya itu tempat terbaik paling tinggi sebagai tempat pergantungan.
2. Ramai usahawan membuatkan bangsa kita kuat. Dunia sekarang bergantung bnayak pada kekuatan ekonomi sebagai penentu kekuatan. Negara yang maju dan kuat biasanya punyai ramai usahawan. Ekonomi negara juga akan kuat bila ramai orang jadi usahawan.
3. Menjadi usahawan banyak membantu jika mahu hidup ringkas. Berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.
4. Menjadi usahawan membuatkan anda menyediakan peluang pekerjaan. Jika anda makan gaji, anda banyak menyumbang hanya pada majikan. Jika jadi usahawan anda banyak menyumbang pada ramai pekerja.
5. Lagi ramai usahawan, lebih banyak peluang untuk saya berbakti. Bila dah masuk umur lanjut sebegini, saya lebih banyak impikan untuk meninggalkan sumbangan. Nak jadi ustazah atau ulama saya dah jauh ketinggalan. Oleh kerana saya sendiri seorang usahawan, maka lebih bijak sumbangan itu disalurkan pada para usahawan.
Oleh itu jika anda nak berubah jadi usahawan mula senaraikan semua rasa tidak selesa anda satu persatu. Apakah ketidak selesaan anda sekarang sebagai seorang yang makan gaji?. Lihat senarai itu dan ulang baca sampai jelas.
Cuba bayangkan bagaimana dapat anda lari dari rasa tidak selesa itu dengan berubah jadi usahawan. Hanya itu saja cara terbaik untuk berubah jadi usahawan.
Lupakan semua perkara lain, selain dari nekad untuk keluar dari rasa tidak selesa anda sekarang menuju kepada keselesaan yang menanti di masa hadapan. Insya Allah jika panjang umur, diizinkan Tuhan, anda akan sampai.

Pilih untuk menjadi Usahawan. Walaupun bukan dengan sepenuh masa, ambil langkah dengan menjadi Usahawan separuh masa dulu. Sedikit demi sedikit kita daki puncak kejayaan bersama-sama. ;)

Minda Usahawan ! Minda GLAMpreneur !


Jom bertindak sekarang......Perubahan mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Don't expect for overnight success!!  We learn step by steps at a time. 

So ape tunggu lagi!!!!

Jika berminat untuk dapatkan info mengenai GLAM, boleh sms/ whatsapp me... 



Love
Radziah Radzi
 017-6599421
Your Online Business Partner

1 comment:

  1. Tips Keusahawanan:

    1. Jangan rasa rendah diri dalam
    apa jua perniagaan yang anda jalankan.

    2. Buang rasa malu dalam diri dan bersikap terbuka.

    3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

    4. Jangan malu bertanya jika tidak tahu
    & jangan kedekut ilmu jika orang bertanya.

    5. sentiasa berfikiran kreatif.


    JOM JADI USAHAWAN BERJAYA!!

    ReplyDelete